Kasih Sayang Ibu Selamatkan Anak

IBU singa di tebing lurah sementara anaknya di bawah.

Dalam keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan
bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan
tiga singa betina dan seekor jantan. Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi
berundur kerana bimbang dengan kecuraman lurah itu.

Foto

Si IBU merangkak dari tepi sebelum menyambar anaknya yang hampir jatuh.

Foto

Ibu Singa menggonggong anaknya naik ke atas semula.

Foto

Ibu Singa menjilat anaknya selepas berjaya menyelamatkan anaknya
daripada jatuh ke dalam gaung.

Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa di antara mereka yang sanggup menggadai
nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.


Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran, singa berkenaan menuruni bukit, menuju
ke arah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu.
Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa itu pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan
menyambar dengan rahangnya.

Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu,
mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan
 menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu, yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot,
di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya

Sumber - Harian Metro

POSTED BY
POSTED IN
DISCUSSION