Keistimewaan Tasik Meromiktik Telok Bahang

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ini aku selalu post pasal Harimau Malaya/Muda dan bolasepak je kan? Sorry lah dah terlalu fanatik sangat dengan bolasepak ni , aku pun tak tahu kenapa. Oke untuk post kali ini aku akan post pasal benda lain pulak , ye lah kan asyik cerita pasal bola je mesti bosan kan? (terutamanya perempuan) hehe. Kali ini aku akan post pasal Keistimewaan Tasik Meromiktik Telok Bahang. Selamat membaca !

Tasik Meromiktik adalah fenomena alam dan hanya terdapat beberapa tempat sahaja di dunia yang dapat diketahui selain satu daripadanya terletak di Australia dan Black Sea. Tasik Meromiktik di Teluk Bahang berhampiran Pantai Kerachut mempunyai keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang.Tasik ni merupakan fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting ni akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa oleh ombak besar sehingga membentuk sebuah lagun bermusim yang kemudiannya terjadinya tasik meromiktik ini.

Tasik ni mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatan, air laut yg lebih berat akan berada di bawah dan air tasik (air tawar) akan berada di atas. Suhu air di sebelah atas adalah sejuk tetapi di sebelah bawah pula, panas. Tetapi fenomena ini hanya terjadi pada peralihan musim monson Timur Laut (November-Mac) dan angin monson Barat Daya (Mei-September). Fenomena ini akan berlaku pada sekitar bulan April dan Mei setiap tahunTasik Meromiktik yang bermusim ini amat popular lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengetahui khasiat dari segi kesihatan apabila mandi-manda air yang berada di lagun berkenaan sahaja. Ini disebabkan kandungan air tasik ini hampir sebanding dengan 'Epsom Salt'. Keadaan ini hanya pada musim kejadian berlakunya takungan ( lagun ). Dimasa yang lain ia adalah sama sebagaimana air tawar di muara sahaja. Pada ketika tasik itu hampir kering selepas berakhirnya musim peralihan kerana air laut mengalir semula ke laut menerusi alur yang terbentuk pada beting pasir. Selepas berakhir musim, tasik hanya dipenuhi dengan air tawar sahaja," katanya.


Antara dua air berbedza yang di batasi oleh beting memisahkan air laut (kanan) dengan Tasik Meromiktik (kiri) pada bulan April dan Mei setiap tahun.

Cara Untuk Pergi Ke Tasik Meromiktik

Untuk sampai ke Tasik Meromiktik, Teluk Bahang, Pantai Kerachut, pengunjung boleh mengikuti jalan darat yang mengambil masa kira-kira satu jam, yang turut menjanjikan kepuasan kerana suasana nyaman dan dingin di hutan yang hijau. Sambil berjalan pengunjung juga berpeluang mengenali spesies tumbuh-tumbuhan dan pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan taman negara itu. Bagi yang gemarkan cabaran ombak di laut luas boleh memilih untuk menaikki bot melalui Teluk Bahang, yang mengambil masa kira-kira 30 minit.



Jeti bagi pengunjung yang hendak menggunakan perjalanan laut.

Melalui jalan laut, pengunjung bukan sahaja akan teruja dengan lambungan ombak malahan berpeluang menyaksikan sendiri batu yang berbentuk buaya dan batu penyu. Batu berbentuk kepala buaya yang kelihatan sedang 'berehat' itu mengundang pelbagai persoalan, bagaimanapun tiada siapa yang tahu 'mitos' di sebaliknya. Begitu juga dengan batu penyu yang berada tidak jauh dari batu buaya, seakan ada cerita tetapi tiada sumber sahih untuk mengungkap 'mitos' dan 'misteri' yang tersembunyi di situ. Bagi pengunjung yang datang melalui laluan laut juga sesekali akan berpeluang melihat sekawan helang putih terbang berpasangan di sepanjang pesisir. Keriangan helang itu seakan menyambut kedatangan pengunjung ibarat ucapan 'selamat datang'. Bukan itu sahaja jika 'bertuah' pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan penyu mendarat dan bertelur.

BAY OF GLOWING AMBER


Taman Negara Pulau Pinang, yang terletak di daerah Barat Daya berhadapan dengan Selat Melaka, adalah taman negara yang pertama diwujudkan di bawah Akta Taman Negara 1980. Setelah diwartakan pada 10 April 2003 Taman Negara Pulau Pinang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan, jumlah keseluruhan keluasannya ialah 2,562.983 hektar merangkumi keluasan darat 1,181.949 hektar dan laut 1,381.041 hektar.

Taman Negara Pulau Pinang terdiri daripada lima jenis habitat, ia juga terkenal dengan jolokan 'Bay of Glowing Amber' kerana pemandangan yang menarik pada waktu senja yang berlainan pada setiap hari. Keindahan waktu senja, ketika matahari 'merehatkan' diri membiaskan remang merah di kaki langit, dialun dengan bunyi ombak menghempas pantai sekaligus melapangkan fikiran. Pantai Kerachut bukan sahaja unik dengan adanya Tasik Meromiktik, tetapi juga pasirnya yang seakan kristal dan membiaskan kilauan cahaya pada waktu malam. Tidak seperti pasir di mana-mana pantai, pasir di Pantai Kerachut tidak melekit pada kulit.

Terdapat dua pintu masuk untuk sampai ke Taman Negara Pulau Pinang. Jika pengunjung memilih laluan darat mereka berpeluang melawat rumah api di Muka Head, yang dibina pada 1883 dengan ketinggian 227 meter dari paras laut. Rumah api itu masih berfungsi sehingga hari ini, terletak di Pantai Teluk Duyung, dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Laut. Pintu kedua terletak di Kuala Sungai Pinang di daerah Balik Pulau, melalui pintu kedua pengunjung tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menggunakan bot pelancong yang tersedia.

Dalam keadaan dunia hari ini yang semakin terancam dan kebanyakan spesies flora dan fauna yang kian pupus, menjaga khazanah alam yang tinggal merupakan tanggungjawab bersama. Anugerah Tuhan yang tiada nilainya itu adalah amanah kepada manusia untuk terus memeliharanya bagi tatapan generasi akan datang. Kerakusan manusia yang mementingkan diri sendiri dengan mengaut keuntungan daripada khazanah hutan dan bumi hanya akan membawa musibah. Sebelum alam menghamburkan rasa 'marah', peliharalah keindahan khazanah alam untuk kestabilan ekosistem dan fitrah kehidupan makhluk Tuhan.


Sumber :- Facebook Misteri Dan Keajaiban Alam

p/s : uniknya Tasik di negara kita sendiri ini !






POSTED BY
POSTED IN
DISCUSSION